Monday 23 March 2015

Ayu nya Elfira Roy bertudung !! Siapa jejaka yang berjaya menambat hatinya ?

Sejak Elfira Loy bertudung, semakin ramai peminat yang mendoakan kesejahteraan Elfira Loy. Tambahan, beliau kelihatan semakin ayu dan menawan dengan imej terbaru selain dilihat teliti dalam memilih pakaian yang dikenakan di badan.





Bercakap tentang Baim Wong yang dianggap ramai sebagai kekasihnya, Elfira Loy mengakui yang lelaki tersebut berniat untuk memperisterikannya. Kata Elfira meerusi Berita Harian:-
Jika saya ini lelaki, barangkali saya boleh cakap lebih. Tapi saya hanya perempuan yang molek berdiam diri. Itu yang sepatutnya. Cuma sebelum ini apabila saya tidak mahu hal ini dicetuskan spekulasi, saya bersuara dan mengeluarkan kenyataan.
Biar mungkin orang melihat hubungan kami seperti di tahap bercinta, saya boleh katakan dia hanya sekadar kawan rapat saja pada tahap sekarang. Saya ini memang jenis manusia dan wanita yang susah nak bercinta sebenarnya.
Mungkin orang agak saya ini konservatif. Tak kisahlah. Tapi saya lihat dia (Baim) ini nak kenal saya melalui keluarga terutama ibu. Saya sedar dia ada niat baik untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Tetapi sejauh mana itu, semua ketentuan dan rezeki-Nya















Untuk makluman, Baim Wong sanggup terbang dari Indonesia untuk menyambut hari jadi Elfira Loy bersama-sama baru-baru ini. Pastinya itu tanda kesungguhan daripada pelakon kacak tersebut. Insya Allah kita doakan agar mereka berdua dipermudahkan jodoh. Kalau dah tertulis, pasti akan berkahwin jua. 

Sunday 22 March 2015

Apo payah payah nak boli tilam ompok, Boli ular yo sekor untuk anak tido !!

Ini bukan lah di Malaysia, tapi kalau orang Malaysia , orang Rantau nak buek ko , apo salah eh. cari yo ular seko , apo bontuk tompek tido pun buleh buek. Tak yah nak berkawan kawan , kawan ngan ular yo. kawan ngan budka budak kang ko isap rokok lah pulak budak ini. Kek Indonesia ini.

Saturday 21 March 2015

Kerana Bengang Dengan Kerani Bank , Makcik Keluarkan Rm20Juta

Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata “kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata “Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.” 

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA.

Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.
mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.

mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!”
Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, “Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.

Thursday 19 March 2015

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia !








PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia ! Ini diantara petanda Kiamat yang sudah semakin hampir tiba dengan kita. Semoga kita semua tidak lagi lalai dan leka dengan hal duniawi sahaja.


Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada Emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema yang terbesar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.

Di Sebalik Kisah Kasihnya Seorang Abang Yang Pasti Menitis Air Mata Apabila Membacanya.!!


Aku ada abang.. Sudah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus sepucuk surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..


“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk air keluar.. Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. ko x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik sangat.. Dan aku buka..


“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..

Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

Siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..

Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia mu duhai abangku..


Rumah Kocik Yo Tapi Dalamnya Cukup Mengkagumkan

Rumah kecil merupakan penyelesaian bagi mereka yang nak menjimatkan kos taraf hidup. dengan keluasan 280 sq, menggabungkan idea daripada jepun yang mempunyai pintu sliding dengan tingkat yang besar.







Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri ( LELAKI WAJIB TAHU )

Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.

Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.

Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.

Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:

Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.

Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

Thursday 26 February 2015

Tunku Jalil dan ‘buaya darat’

Memiliki haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, burung dan anjing bagi yang bukan Islam, menjadi suatu kebiasaan tetapi lain pula pilihan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Menerusi akaun Instagramnya, Tunku Jalil telah memuat naik sekeping gambar bersama haiwan peliharaanya iaitu seekor buaya.

 Tunku Jalil memberikan nama Azlee kepada buaya sepanjang hampir satu meter itu. Tunku juga menggunakan hastag buayadarat, sekadar ayat gurauan yang sering digunakan oleh segelintir gadis kepada jejaka yang nakal.

 Pengikut Instagramnya menyifatkan Tunku sebagai seorang yang berani kerana umum mengetahui sifat seekor buaya ialah ganas dan merupakan pemangsa.

 Selain buaya, Tunku juga memelihara tapir yang diberi nama Lucy.

Thursday 15 January 2015

Britney Nicole Pelajar Non Muslim Dilarang Pakai Baju Kurung Selesai


Britney Nicole A/P Lawrence Jayaraj pelajar non muslim dilarang pakai baju kurung di SMK Seri Mutiara Cheras. Kini trending dilaman sosial mengenai isu seorang pelajar bukan islam yang berusia 15 tahun telah diarah pulang ke rumah oleh pihak sekolah dengan alasan memakai baju kurung.

Menurut laporan mangsa, pihak sekolah melarang pelajar bukan melayu dan bukan beragama Islam untuk memakai baju kurung ke sekolah. Susulan tidak puas hati dengan tindakan pihak sekolah, bapa kepada Britney Nicole iaitu Lawrence Jayaraj menerusi laman sosial mengecam tindakan pihak sekolah berkenaan yang mengenakan peraturan berbaju kurung hanya untuk melayu islam sahaja. Isu itu juga telah mendapat perhatian dan liputan media sejak 14 Januari 2015.

 Demi menamatkan spekulasi tersebut, satu perjumpaan khas antara Lawrence Jayaraj dengan pengetua sekolah SMK Seri Mutiara telah diadakan pada 15 Januari 2015. Pihak Sekolah turut memohon maaf berhubung isu tersebut dan berjanji akan membenarkan semua pelajar wanita tanpa mengira bangsa dan agama untuk memakai baju kurung.

Tuesday 13 January 2015

K-Pop: Jawi Minta Tiga Wanita Bertudung Tampil

Untitled
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop korea (K-Pop), B1A4 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

 Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata, pihaknya kesal terhadap perbuatan peluk dan cium antara ahli kumpulan K-Pop berkenaan dengan beberapa peminat wanita beragama Islam yang bertudung.

 Katanya, perlakuan beberapa peminat itu dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini. “Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam. “Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. kpop4 

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop tersebut bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi sehingga menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial. Paimuzi berkata, akta itu memperuntukkan individu yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah suatu kesalahan.

  “Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya. Beliau menambah, Jawi akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi.-mstar.

Monday 12 January 2015

Jangan tak baca menarik ni : Berjaya selesai perebutan jenazah



Seorang lelaki saudara baharu telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa tahun lalu akibat satu kemalangan.

Pihak Hospital Kuala Lumpur diminta menguruskan, memandikan dan mengkafankan jenazah. Petugas yang menguruskan jenazah sebenarnya tiada masalah untuk menguruskan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di HKL.

 Keluarga dan rakan mahu menguruskannya mengikut kepercayaan agama asal mereka, sedangkan kakitangan HKL tidak membenarkannya kerana jenazah ini adalah seorang Muslim. Berikutan itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan HKL, Mohd Nazar Ibrahim, 47, yang biasa mengetuai urusan mandi jenazah terpaksa dipanggil.

Setelah melihat ‘kumpulan’ si mati yang ramai dan ada yang berbadan besar, selain mahu mengelak kekecohan di perkarangan HKL, Mohd Nazar membuat keputusan menemui bapa si mati. “Encik boleh buat upacara ikut cara agama encik selama 30 minit.

Lepas itu encik serah kepada kami untuk dimandi dan dikafankan. Saya mahu pergi sembahyang sekejap,” kata Mohd Nazar.

Bapa si mati bersetuju dengan syarat itu dan rakan si mati yang lain juga akur. Selepas setengah jam, Mohd Nazar datang semula dan bertanya sama ada mereka sudah selesai melakukan upacara berkenaan dan mereka meminta tambahan 15 minit lagi.

Setelah selesai, jenazah itu dibawa ke bilik mandi jenazah. Sekali lagi keluarga si mati meminta izin untuk ikut dan melihat cara jenazah itu dimandikan. Malah Mohd Nazar meminta anggota keluarga mengangkat mayat ke tempat mandi dan membenarkan mereka menggosok badan jenazah ketika dimandikan.

Terap unsur dakwah Beliau juga menerangkan kepada mereka fungsi kapur barus dan serbuk cendana. Mereka berasa kagum melihat cara umat Islam menguruskan jenazah dengan lemah lembut dan tertib. Mereka sendiri melihat kuku dan najis jenazah dibersihkan.

Selesai jenazah dimandikan, keluarga si mati begitu gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Mohd Nazar dan pembantunya. Mereka juga meminta izin untuk ke tanah perkuburan di Gombak dan Mohd Nizar membenarkan keluarga si mati menaiki kereta jenazah.

Oleh kerana amat berpuas hati, bapa si mati juga bermurah hati menghulurkan sedikit sagu hati kepada Mohd Nazar.
Sebenarnya, kata beliau, dalam menguruskan jenazah, ada unsur dakwah kerana setiap tindak-tanduk akan menjadi perhatian dan contoh teladan (dakwah bil hal).
Sikap tolak ansur dan tindakan berhemah Mohd Nazar dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan baik tanpa kekecohan dan campur tangan pihak luar. Cara menguruskan jenazah dengan baik dan tertib dapat menambat hati orang bukan Islam.
Menurut Mohd Nazar , insiden itu adalah satu daripada cabaran ketika menjalankan tugas, khususnya kes membabitkan jenazah saudara baharu. Bagi penganut agama Hindu dan Sikh, mereka begitu mengambil berat soal kematian anggota keluarga.

 Bagi kaum Cina, jarang mereka menuntut mayat kerana mungkin urusan pengebumian menelan kos yang besar. Bagi masyarakat Melayu pula, ada juga berlaku perebutan jenazah.

Pernah berlaku, sebaik saja seorang lelaki meninggal dunia, tiba-tiba datang tiga isteri mahu menuntut mayatnya. Ketika itu baharu diketahui si mati ada tiga isteri.

 “Kami akan bertanya dengan siapa si mati tinggal lama dan sehingga meninggal dunia. Isteri berkenaan akan beri keutamaan mengambil jenazah suami,” ujar Mohd Nazar.

Sekiranya ada perebutan di antara isteri dan ibu, si isteri akan diutamakan. Sekiranya ada tuntutan antara datuk, cucu dan anak lelaki, anak lelaki akan diutamakan, katanya.

Selain itu jika ada tuntutan beberapa pihak, pihak yang dapat memaklumkan bahawa mereka sudah menyediakan tanah perkuburan berhampiran, mereka akan diberikan keutamaan kerana dapat menyediakan ‘tanah kubur’ .

Ada juga kes yang menyedihkan iaitu mayat tidak dituntut oleh keluarga, terutama mangsa kes HIV. Mohd Nazar menceritakan hanya empat orang sahaja menguruskan satu jenazah yang tidak dituntut keluarga, termasuk beliau ketika mengurus, memandi dan mengkafankan, manakala seorang lagi ketika mengebumikannya.

Agak pelik juga, ada penjaga tanah perkuburan tidak membenarkan jenazah HIV dikebumikan di kawasan berkenaan. Selain pesakit berisiko, beliau juga berdepan gangguan makhluk halus. Pernah bahunya berasa begitu berat selepas memandikan jenazah seseorang.

Apabila berjumpa dengan rakannya seorang ustaz, rakannya itu menyatakan ada ‘benda bertenggek’ di badannya dan rakan itu membantu membuangkannya. Beliau juga menasihatkan sesiapa yang hendak memandikan jenazah supaya berwuduk dulu dan apabila selesai hendaklah mereka mandi.

Selain menjalankan tugas memandikan jenazah, Mohd Nazar yang bertugas selama enam tahun di HKL, juga menjadi penceramah tetap kursus urusan jenazah pada hari Sabtu sebulan sekali di Masjid Negara, selain Masjid Sultan Mizan dan Masjid Putra, Putrajaya.

Beliau juga mengadakan kursus untuk kakitangan hospital dan pusat kesihatan bagi membimbing dan menasihati pesakit Islam bagaimana melakukan ibadat, khususnya solat. Mohd Nazar yang berasal dari Kuala Lipis,

Pahang, mempunyai seorang isteri dan dua anak berusia sembilan dan 12 tahun. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis dan Tingkatan Enam di Kuliah Sultan Abu Bakar,

Pekan. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), seterusnya di Kolej Darul Hikmah (Diploma Psikologi) dan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang dakwah dan kepemimpinan.