Thursday 4 December 2014

Sidang DUNNS : Penerokaan tanah di sempadan Negeri Sembilan-Pahang sentiasa dalam pemantauan


Seremban, 05 Dis. – Keresahan orang ramai berkaitan penerokaan kawasan sempadan Negeri Sembilan-Pahang terjawab hari ini apabila Kerajaan Negeri mengesahkan terdapat kegiatan penerokaan secara haram tanah kerajaan di kawasan sempadan Negeri Sembilan terutamanya melibatkan kawasan DUN Sungai Lui.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan (Rantau-BN), menjawab soalan lisan Tuan Mohd Razi Mohd Ali (Sungai Lui-BN) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-13, hari ini.
Menurut beliau, Pejabat Tanah Daerah Jempol dari masa ke semasa ada menjalankan pemantauan di kawasan tersebut secara berterusan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan pencerobohan dengan kerjasama agensi-agensi terutamanya Jabatan Perhutanan dan Perhilitan Negeri Sembilan.
Berikutan daripada kerja pemantauan itu juga, pentadbiran Pejabat Tanah Daerah Jempol telah menegakkan papan tanda larangan memasuki tanah kerajaan di kawasan laluan berhampiran kawasan kelapa sawit yang diusahakan seccara haram.

sumber : www.n9kini.com

No comments:

Post a Comment