Thursday, 20 November 2014

KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA KASIHNYA AYAH MASA BERADA

Kasihnya ibu membawa ke syurga…

kasihnya ayah masa berada.

Marilah kita bermuhasabah diri….

Tanpa ibu dan ayah,tak mungkin kita berada di dunia ini…

Tanpa ibu dan ayah,siapalah kita hari ini…

Tanyalah pada diri kita sendiri…..
Apakah yang kita lakukan untuk membahagiakan ibu dan ayah kita….
Apakah kebaikan yang kita lakukan untuk ibu dan ayah kita….
Sedar tak,ada diantara kita yang sentiasa menyakiti hati ibu dan ayah setiap hari….
Kita lupa siapakah yang melahirkan kita….
Kita lupa siapakah yang bersusah payah membesarkan kita…..
Kita lupa siapakah yang bersusah payah mencari rezeki untuk kita….
Kita lupa segala-galanya…..

Juga tanyakan pada ibu dan ayah…
Apakah yang ibu dan ayah harapkan dari  kita….
Adakah wang ringgit ataupun harta tinggi menggunung…
Mesti jawapan ayah dan ibu….
Jadilah anak yang soleh dan solehah….
Yang boleh mendoakan untuk ibu dan ayah…
Ibu dan ayah perlukan doa dari anak yang soleh dan solehah…
Yang boleh mengiringi ibu dan ayah….
Apabila ibu dan ayah melangkah kealam barzakh nanti….
Ya,doa dari anak yang soleh dan solehah….
Di antara 3 perkara yang akan mengiringi ibu dan ayah ke alam barzakh….
Bukanlah emas permata,wang ringgit mahupun harta menggunung…

Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
 “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Bila ibu dan ayah ada depan mata kita…..
Kita buat endah tak endah aje…..
Kita sakiti hati dan perasaan mereka…
Kita biarkan air mata ibu dan ayah mengalir kerana kita…..
Hati ibu kita lukai…..
Hati ibu kita calarkan….
Ibu menangis kerana kita…..
Ayah memendam rasa kerana kita…..
Rajuk hati ibu dan ayah tiada siapa pedulikan….
Rajuk hati kita…kita nak kan belaian dan perhatian….
Rajuk hati ibu dan ayah kita biarkan….

Andai ibu dan ayah tiada lagi….
Tiada lagi tempat untuk kita menumpang kasih sayang…..
Tiada lagi tempat untuk kita mengadu….
Hilang segala-galanya…..
Hari ini kita mampu lagi ketawa….
Mungkin hari esok kita hanya mampu menangis….
Menangis nasib diri yatim piatu…..
Menangis mengenangkan dosa kita pada ibu dan ayah…..
Menangis menyesali apa yang berlaku…..
Ingatlah…tangisan kita sudah tidak bermakna lagi….
Siapa yang boleh menduga  takdir ALLAH..

Hargailah ibu dan ayah semasa hayat mereka masih ada…..
Ibu dan ayah….maafkan kami anak-anakmu…
Cinta,kasih,sayang dan rindu kami buatmu ibu dan ayah...

Ibu dan ayah…..
Tersemat kukuh dalam hati kami anak-anakmu….

JOM ZIKIR - HALIZA HELMI

Wednesday, 19 November 2014

RM1 syilling dahulu nilainya besar pada kita

Admin/Tee

6 HOTEL UNIK DI MALAYSIA MESTI DIKUNJUNGI



Selalu kalu kita dengar pasal hotel pelik dan unik pasti akan terbayang-bayang hotel di luar negara. Tapi tahukah anda sebenarnya di Malaysia pun ada banyak hotel pelik yang kita tidak ketahui.Kali ini kami akan berkongsikan kepada anda 6 hotel pelik yang ada di Malaysia

1.Tubotel, Langkawi



Tubotel adalah sebuah Hotel bajet di Langkawi dengan pemandangan tepi laut yang cantik dan indah. Hotel ini telah dibina dari paip perbentungan bawah tanah yang terbengkalai tidak siap dan telah dibeli oleh pemilik hotel ini untuk dijadikan hotel. Ada pengunjung yang mengatakan permandangan matahari jatuh dari bilik hotel ini adalah yang terbaik di Langkawi.

1 malam dari RM138



2. Bustel Klebang Melaka



Jika anda ingin mengimbau zaman nostalgia berhimpit-himpit naik bas semasa zaman remaja ke bandar, hotel bas ini memang sesuai.Di Bustel Melaka, katil, bilik mandi dan tandas semua di dalam bas.Untuk makan, anda turun dari bas anda, dan jalan kaki masuk ke bas lain yang menempatkan kafe makan.

1 malam dari RM120



3. Hotel Kapal Selam, Klebang


Teringin untuk merasa pengalaman dalam kapal selam tapi anda bukan tentera laut. Janga risau kali ini bukan setakat masuk sahaja malah anda siap boeh tidur di dalam kepal selam ini di mana kapal selam yang merupakan muzium menyediakan pakej penginapan untuk pelancong.

1 malam dari RM150



4. Container Hotel, Kuala Lumpur








Ingat kerja kontrak saja boleh tidur dalam kontena? Anda pun boleh tapi kena bayar la. Hotel ini diilhamkan menggunakan kontena lama yang telah diubah menjadi hotel yang amat menarik dan unik.Hotel ini terletak di dua lokasi iaitu di KLIA 2 dan di No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur





1 malam dari RM 56




5. Time Capsule Retreat Sungai Lembing,Pahang




Suasana hutan yang sunyi dan dingin sesuai bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan inilah tempat yang sesuai. Hotel ini terut dibina menggunakan paip perbentungan seperti di Tubotel Langkawi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.

Harga dari RM118





6. Hotel Pelantar Minyak, Sabah








Siapa cakap hanya pekerja pelantar minyak saja boleh naik pelantar minyak. Anda pun boleh berada di pelantar minyak. Hotel ini merupakan satu-satunya hotel pelantar minyak yang di dunia. Kalau hendak menyelam anda tidak perlu ke kawasan jauh hanya menyelam di bawah pelantar sahaja yang dihuni hidupan laut dan batu karang yang cantik.


Pakej 4 hari dengan trip menyelam dari RM 2730


Cuti sekolah dah dekat, kepada sesiapa yang ingin bercuti tapi inginkan kelainan boleh la cuba tempat-tempat ini. Pasti menarik

Admin/Tee

Monday, 17 November 2014

Gambar Kebakaran di Pekan Rantau pada Awal Subuh


Kemalangan berpunca dari lntar pintas, bagaimana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.











gambar ikhsan : Tok Ajit Rantau

IBU ABAI REMAJA DI DENDA DAN DI PENJARA 4 BULAN

SEREMBAN 17 Nov.-Ibu kepada remaja kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengabai serta membiarkan anaknya tanpa pengawasan pada Jun lalu. Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas tertuduh, Lolanopita Sadi, 40, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Dasar Perumahan Baru lebih spesifik dan sistematik

Tangani kebanjiran PATI fokus utama KP baharu Imigresen

Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Datuk Mustafa Ibrahim berikrar tidak akan ‘beri muka' kepada mana-mana pihak yang terlibat membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana boleh memberi kesan buruk kepada negara.

 Sambil memberi amaran kepada semua PATI di negara ini termasuk orang tengah yang terlibat dengan kegiatan itu, Mustafa berkata, Beliau akan memastikan tindakan tegas dikenakan terhadap golongan terbabit.'

Beliau berkata, komitmen tersebut juga sejajar dengan agenda utamanya sebaik sahaja diberi amanah menerajui Jabatan Imigresen, Jumaat lalu iaitu memperkasakan segala usaha serta tindakan supaya masalah kebanjiran PATI di negara ini dapat diatasi segera.

 “Seperti ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, tiada seorang pun yang akan terlepas sama ada majikan atau ejen daripada dikenakan tindakan undang-undang jika mereka didapati bersalah.

 “Oleh itu, sejak awal-awal lagi, saya menganggap pelantikan ini bukanlah satu zon selesa. Saya terpaksa berhadapan cabaran besar dalam melaksanakan tanggungjawab ini lebih-lebih lagi apabila timbul isu kebanjiran PATI sejak kebelakangan ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Mustafa, 57, yang sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dilantik sebagai Ketua

Pengarah Imigre­sen bagi menggantikan Datuk Aloyah Mamat yang bertukar jawatan sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

 Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa memberitahu, pihaknya sedia bekerjasama dengan suruhanjaya bebas untuk menangani keba­njiran PATI yang sebelum ini telah diumumkan oleh Ahmad Zahid sekiranya diminta berbuat demikian.

 “Saya juga berjanji untuk mela­kukan penambahbaikan pada sistem penyampaian Jabatan Imigresen bagi membolehkan rakyat mendapat khidmat layanan yang mudah dan cepat.

 “Berpandukan slogan Jabatan Imigresen iaitu ‘Mudah, Cepat, Integriti', soal itu turut membabitkan penyelesaian aduan secepat mungkin selain menerima dan mengkaji sebarang cadangan serta teguran bagi memperbaiki sistem penyampaian sedia ada,” katanya.

Sunday, 16 November 2014

BUDAK 5 TAHUN CATAT GUINNESS BOOK OF WORLD RECORDS 10 METER JALAN MENGGUNAKAN TANGAN







Giuliano Stroe (lahir 18 Jun 2004) adalah seorang gimnas dan kanak-kanak bina badan di Romania. Sejak dia masih bayi dan menjadi kanak-kanak muda dia akan mengikuti bapanya Lulian ke gim. Kemudian pada usianya mencecah 2 tahun dia mula mengangkat berat, fleksibiliti dan tinju kecil.

Apabila usianya meningkat 3 tahun pula beliau telah melakukan gimnastik, helah imbangan dan latihan berat badan di Florence, Itali dimana keluarganya menetap. 

Adik kepada Giuliano Stroe, Claudio stroe, 8, juga mula melakukan latihan pada umur 1 1/2 tahun. Claudio berlatih seperti mana abangya Giuliano berlatih. 

Pada tahun 2009, Guiliano telah dicatatkan dalam Guinness Book Of World Records berjalan terpantas hanya menggunakan tangan dan bola diantara kedua belah kaki spanjang 10 meter. Stroe memperaksikan lagak ngerinya di hadapan penonton yang bersorak pada rancangan TV Itali secara langsung dan telah menjadi sensasi di internet dengan beratus ribu orang yang telah menonton klip beliau melakukan lagak ngeri di You Tube. 

Pada 24 Febuari 2010 beliau mencecahkan rekod dunia untuk 90 darjah push up, yang merupakan satu latihan dimana tekan tubi dilakukan tanpa membiarkan kaki menyentuh tanah.

Admin/Tee

Friday, 14 November 2014

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436H/2014M DI ISI DENGAN ACARA KEILMUAN




Maal Hijrah merupakan tahun permulaan bagi umat Islam. Bersempena  Sambutan Maal Hijrah 1436H i Kompleks Pusaat Islam Rantau telah mengadakan sambutan Maal Hijrah yang  bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' .



Majlis juga diteruskan dengan penyampaian ceramah Khas Maal Hijrah Ustaz Haji Mohd Jazlan Bin Abdullah Pengarah Pusat Didikan Al-Amin, Sunway Selangor yang mengingatkan supaya sentiasa menjaga akidah sebagai umat Islam.


Dalam ucapan Menteri Besar beliau menyarankan betapa pentingnya akidah dijaga dan umat Islam perlu memperkukuhkan dan memperbanyakkan serta memperbetulkan ibadah dan akidah.

Hadir sama memeriahkan majlis, Dato' Dr. Haji Awaluddin Bin Haji Said, Setiausaha kerajaan YB Dato' Haji Mat Ali Bin Hassan, adun Chembong Dato' Zaifulbahri Idris, dan YB Tuan Mohd Ghazali bin Wahid ADUN Paroi.


Admin/Tee





Budak Lima Tahun Pakar IT Termuda Dunia

AYAN Qureshi hanya berusia lima tahun, tetapi dia kini bergelar pakar maklumat (IT) bertauliah paling muda di dunia.

Budak pintar ini sebelum ini perlu mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan syarikat perisian komputer terkemuka Microsoft.

  Bagaimanapun, pencapaian Ayan sama sekali tidak mengecewakan apabila lulus cemerlang ujian Profesional Bertauliah Microsoft.

Biasanya ujian itu diduduki calon di kalangan graduan kerana ia kemahiran yang sering mendapat perhatian pihak majikan.

 Ayan yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke enam sebulan lagi hampir terlepas peluang menduduki ujian itu kerana pemeriksa menganggap dia terlalu muda.

Bagaimana pun pihak Universiti Bermingham terpaksa menghubungi ibu pejabat Microsoft di Amerika Syarikat untuk memastikan Ayan mendapat kebenaran bagi menduduki ujian itu.

Budal pintar dari  England membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan

admin/ along

Thursday, 13 November 2014

RANTAU ECOPARK TARIKAN TERBARU DI NEGERI SEMBILAN


Rantau Eco Park merupakan produk pelancongan terbaru di Negeri Sembilan dimana disini pengunjung boleh mencari kedamaian dan ketenangan sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan disini juga pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan sahabat handai. Rantau Eco park ini terletak di Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan iaitu tidak jauh dari pusat bandar Seremban iaitu kira-kira setengah jam perjalanan. 

Kawasan yang mempunyai keluasan 100 ekar ini boleh memberikan keseronokan dan kelainan dengan kepelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk pengunjung yang hadir kesini untuk merasai sendiri pengalaman menikmati alam semulajadi dan mencari ketenangan lari dari kesibukan di kota.Rantau Eco Park ini masih lagi baru dan ketika ini ia masih lagi didalam proses pembinaan dan menaik taraf. 

Ketika ini Fasa Pertama yang mempunyai keluasan 30 ekar baru sahaja selesai dibangunkan dan telah pun dibuka kepada orang ramai. Manakala Fasa Kedua pula masih lagi didalam proses pembinaan dan dijangka akan dibuka pada tahun 2016. Dengar cerita Fasa Kedua ini akan dijadikan sebagai taman permainan air. Kawasan yang mempunyai keluasan 100 ekar ini akan dibuka kepada Tiga Fasa dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2018.

Kemudahan Di Rantau Eco Park 

Rantau Eco Park ternyata akan memberikan satu kelainan berbanding produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Sembilan. Selain daripada kaya dengan alam semulajadi yang menghijau, Rantau Eco Park menawarkan pelbagai kemudahan untuk pengunjung dan pelancong yang datang kesini. Satu keunikan kemudahan yang disediakan untuk masyarkat tempat dan pelancong luar untuk menikmati satu kelainan di kawasan kampung. Antara kemudahan yang disediakan adalah Dewan orang ramai yang boleh memuatkan kira-kira 2,000 orang didalam satu masa. Dewan ini biasanya digunakan untuk sesuatu acara atau majlis seperti Hari Ibu, majlis perkahwinan, aktiviti korporat dan
sebagainya.

                                  . 




Ia memudahkan masyarakat tempat untuk mengadakan sebarang aktiviti yang melibatkan ramai orang. Dengan kemudahan yang ada disini seperti tandas, katering dan sebagainya memudahkan pihak penganjur untuk mengadakan sebarang aktiviti dengan lebih lancar. 

                                      


Bagi yang ingin mencari lokasi aktiviti mencabar anda boleh ke Rantau Eco Park kerana disini juga menyediakan kemudahan untuk aktiviti lasak dan Team Building dimana peserta boleh melakukan aktiviti jungle tracking, berbasikal, menunggang kuda, berkayak, menaiki bot dan menaiki ATV. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Jadi jangan risau untuk mencuba segala kemudahan yang ada disini. Aktiviti berbasikal dan menaiki bot amat popular di kalangan masyarkat tempatan dimana ia sering dilakukan pada waktu pagi dan petang sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang menghijau. 

Bagi yang ingin menginap disini, jangan risau. Rantau Eco Park menyediakan kemudahan penginapan sama ada untuk bilik dan juga domitary yang selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. Harga untuk bilik adalah RM160 satu malam manakala harga domitary RM50 untuk seorang. Pengunjung juga boleh melakukan pelbagai akitiviti bersama keluarga dan sahabat handai disini diantaranya ialah berBBQ, menaiki basikal, menaiki ATV, menaiki bot, berkayak dan bersantai merehatkan minda.



Salah satu tarikan yang ada di Rantau Eco Park ini adalah Mini Zoo yang menempatkan pelbagai haiwan. Antara yang ada disini adalah kura-kura, labi-labi, itik, angsa, kuda dan rusa. Mini Zoo ini sesuai untuk dilawati bagi mereka yang ingin mengenali haiwan ini dengan lebih dekat dan ianya sesuai untuk pembelajaran anak-anak. 

Bagi bakal pengantin yang inginkan sesuatu yang berlainan dan mengimpikan untuk melangsungkan perkahwinan didalam taman “Garden Wedding”, Rantau Eco Park adalah lokasi yang sesuai kerana disini terdapat kawasan lapang yang dikelilingi alam semulajdi yang menghijau dan boleh dijadikan kawasan untuk merialisasikan impian anda.

                                  


Bagi yang berminat untuk kesini anda boleh datang terus ke sini (masuk percuma) dengan berdasarkan alamat dibawah dan sekiranya anda perlukan makluman lanjut anda boleh emailkan kepada mereka atau hubungi nombor yang tertera dibawah.

Rantau Eco Park
Kg. Pasir, Kuala Sawah
71200 Rantau Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel:+603-9287 6833
Fax:+603-9287 0233
E-mail:info@rantauecopark.com.my
Facebook : Rantau Eco Park