rantau ku sayang

Wednesday, 5 November 2014

Bersihkan Atau Hentikan Projek Binaan





SEREMBAN 5 Nov. - Kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan pemberhentian kerja jika pemilik projek pembinaan mengingkari amaran pertama pembersihan kawasan yang dikenal pasti menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, kerajaan mendapati ada tapak pembinaan terutama di kawasan rumah kongsi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan perkembangan itu tidak boleh dibiarkan berterusan.

“Saya tegaskan bahawa banyak pemaju tidak ambil peduli hal tersebut malah tidak mengendahkan apa yang berlaku di rumah kongsi dan sekitar tapak pembinaan dengan serius.

“Kadangkala apabila saman diberikan, mereka boleh membayarnya dan itu tidak menjejaskan kewangan mereka,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Tambah Mohamad, melihatkan sikap sambil lewa dalam kalangan pemaju dan pemilik projek, maka satu tindakan drastik dibuat oleh kerajaan iaitu mana-mana tapak pembinaan yang didapati menjadi lokasi pembiakan nyamuk akan diberikan amaran pertama arahan pembersihan kawasan.

“Selepas pemeriksaan kali kedua dibuat dan masih didapati wujud pembiakan nyamuk, kita akan mengemukakan perintah melalui undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan supaya arahan pemberhentian kerja selama seminggu sehingga pemiliknya melakukan pembersihan menyeluruh.

“Jika kali ketiga masih lagi ada pembiakan nyamuk, arahan pemberhentian kerja dan penutupan tapak akan dilakukan selama sebulan, manakala pemilik projek (bukan kontraktor) akan dihadapkan ke mahkamah,'' tegas Mohamad.

Katanya, tindakan itu akan terpakai bagi semua pihak berkuasa tempatan dalam negeri ini ke atas mana-mana tapak projek pembinaan dalam kawasan seliaan masing-masing.

“Itu adalah tindakan drastik yang diambil kerajaan negeri bagi memastikan tiada pemaju atau pemilik projek mengambil sikap lepas tangan dan mahu ada pemantauan di tapak pembinaan dan rumah kongsi dilakukan dengan serius.

“Sikap tidak peduli itu akan menyebabkan nyamuk aedes berterbangan di kawasan sekitar mahupun perumahan terdekat, yang kelak akan membawa kepada demam denggi atau kematian,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad mengingatkan semua persatuan perumahan, pemilik kilang, premis perniagaan mahupun kediaman mengambil peranan positif memastikan kawasan pembiakan nyamuk aedes dihapuskan segera.

- Utusan



Posted by Unknown at 13:49
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Berita NS

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

.

VIDEO

Pageviews

TERKINI

Loading...

BERITA

Loading...

N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Loading...

n9kinitv

Loading...

Like us on Facebook

Blog Archive

  • ►  2015 (12)
    • ►  March (8)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2014 (37)
    • ►  December (2)
    • ▼  November (35)
      • KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA KASIHNYA AYAH MASA ...
      • JOM ZIKIR - HALIZA HELMI
      • RM1 syilling dahulu nilainya besar pada kita
      • 6 HOTEL UNIK DI MALAYSIA MESTI DIKUNJUNGI
      • Kelas Dewasa Lama tak tenguk cerita ini !!!
      • Gambar Kebakaran di Pekan Rantau pada Awal Subuh
      • IBU ABAI REMAJA DI DENDA DAN DI PENJARA 4 BULAN
      • Dasar Perumahan Baru lebih spesifik dan sistematik
      • Tangani kebanjiran PATI fokus utama KP baharu Imig...
      • BUDAK 5 TAHUN CATAT GUINNESS BOOK OF WORLD RECORDS...
      • SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436H/2014M DI ISI DENGAN AC...
      • Budak Lima Tahun Pakar IT Termuda Dunia
      • RANTAU ECOPARK TARIKAN TERBARU DI NEGERI SEMBILAN
      • TAMAN TEMA AIR DI PORT DICKSON
      • MAJLIS KONVOKESYEN PUSAT ANAK PERMATA NEGARA REMBA...
      • JANGAN KORBANKAN BAHASA MELAYU UNTUK MEMPERKASA BA...
      • PERBINCANGAN PELAN PEMBANGGUNAN LEBUHRAYA BARU DAR...
      • Kerajaan Negeri akan Fail Rayuan Keputusan Mahkama...
      • Jemputan ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 H/201...
      • Raja Azmi & Eddie Bercerai Talak Satu
      • Perkhemahan Kadet Beruniform SK Sogo
      • Menarik koleksi duit lama
      • Rombakan besar besaran dalam kancah bolasepak Hobi...
      • Keputusan Mahkamah Rayuan mengejutkan, luar biasa
      • PUKUL 9 PAGI DAH TUNGGU DI PANGGUNG WAYANG !!!
      • Mufti Negeri Sembilan pertahankan undang-undang di...
      • Konvokesyen Di Raja dan Persembahan Felo Kehormat ...
      • 5 remaja mengaku salah merusuh di asrama anak yati...
      • MENTERI BESAR MENERIMA KUNJUNGAN DUTA JEPUN
      • Tak jadi Raya kalau tak ada Rendang
      • Mana perikemanusiaan ? Bagaimana ini anak anda?
      • Ibu Remaja OKU Terabai Kini Mengaku Bersalah
      • Bersihkan Atau Hentikan Projek Binaan
      • GST: Syarikat Terlibat Jangan Ambil Mudah Lewatkan...
      • Pemain dan jurulatih akan dirombak

PERTAYAAN / JEMPUTAN

Name

Email *

Message *

Simple theme. Powered by Blogger.