Wednesday 5 November 2014

Pemain dan jurulatih akan dirombak



SEREMBAN, 05 Nov – Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) akan membuat rombakan besar terhadap barisan pemain skuad Hobin Jang itu dimana jurulatih pasukan itu turut ditamatkan kontraknya kerana gagal mencapai matlamat yang dikehendaki.

Presidennya, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hj Hasan, menegaskan bahawa persatuan akan mempunyai jurulatih baru bagi pasukan Negeri Sembilan dimana kredibiliti jurulatih yang baru itu nanti diharap akan dapat melayakkan Negeri Sembilan dalam Liga Super musim hadapan.

Beliau berkata, pasukan Negeri Sembilan adalah satu pasukan yang kuat dengan barisan pemain yang terbaik tetapi masih kekurangan daripada segi taktikal dan strategi.

“Jika kita menggunakan corak permainan yang sama, yang mana pihak lawan boleh baca dengan mudah, inilah kelemahan kita. Sepatutnya kita mesti berupaya membaca keupayaan pihak lawan,” katanya ketika ditanya pemberita ketika Sidang Akhbar di Wisma Negeri, hari ini.

Menurutnya dalam bola sepak profesional, jurulatih boleh ditamatkan kontraknya jika tidak dapat membawa prestasi yang baik kepada pasukan.


Dalam masa yang sama juga, beliau turut memaklumkan bahawa rombakan pemain turut dilakukan dimana hampir 8 orang pemain disingkirkan dari skuad jang dan pemilihan pemain yang berbakat dan profesional menjadi tumpuan utama pasukan itu untuk terus gah di persada sukan bolasepak.

SIMBER : http://www.n9kini.com

No comments:

Post a Comment