Thursday 13 November 2014

TAMAN TEMA AIR DI PORT DICKSON

Tiara Beach Resort (TBR) yang terletak di Batu 13, Jalan Pantai Port Dickson adalah lokasi yang sesuai untuk percutian seisi keluarga.

 Kedudukan Port Dickson yang terletak berdekatan dengan lembah klang, menjadikanya destinasi yang terdekat dan mudah dikunjungi oleh warga kota.

Taman Tema yang seluas 8.4 hektar ini memang terkenal dengan pantai buatan manusianya. Resort Taman Tema ini memenuhi keperluan semua peringkat umur kerana di Taman Tema ini terdapat kolam untuk kanak-kanak, tapak istana pasir, pantai buatan dan juga kolam mandi bersaiz 5 kali ganda kolam olimpik.

 Pada waktu malamnya pengunjung dewasa boleh menghabiskan masa dengan berkaraoke yang disediakan. Selain itu terdapat juga tayangan wayang terbuka dan juga bilik permainan kanak-kanak yang dilengkapi dengan permainan video game.

Sekiranya pengunjung mahu menikmati pantai sebenar, mereka boleh berbuat demikian dengan memandu ke Pantai Teluk Kemang yang terletak berhampiran dengan resort ini.








Admin : Atee

No comments:

Post a Comment