Tuesday 11 November 2014

Raja Azmi & Eddie Bercerai Talak Satu


Raja Azmi bersama Eddie ketika hadir untuk proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor pada Selasa. Masalah rumah tangga produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman dengan suaminya Mohd Eddie Ghazali tidak dapat diselamatkan apabila kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa Lafaz cerai dilakukan oleh Mohd Eddie, 46, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.05 petang. Shaiful Azli kemudiannya memerintahkan Raja Azmi, 55, menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula dari tarikh lafaz cerai di buat iaitu pada Selasa. Raja Azmi ketika hadir ke mahkamah untuk proses lafaz cerai. Kedua-dua pasangan itu datang ke mahkamah bersama kira-kira pukul 2.30 petang dan mereka dilihat tidak bermasam muka. Eddie yang memakai baju kemeja ungu manakala Raja Azmi tampil berbaju kurung hijau dengan padanan tudung hitam itu juga tidak kisah melayan kehendak yang meminta mereka bergambar bersama.
Bagaimanapun Eddie kelihatan sebak sebelum membuat lafaz cerai tersebut.

Selepas lafaz dibuat di dalam kamar, Raja Azmi berkata dia berasa lega apabila masalah rumah tangga yang dilalui beberapa bulan lalu akhirnya selesai dengan cara baik."\

Tetapi saya percaya setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Kami pun berpisah dengan cara baik dan masih lagi bersahabat," ujarnya. Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali la

No comments:

Post a Comment