Thursday 13 November 2014

RANTAU ECOPARK TARIKAN TERBARU DI NEGERI SEMBILAN


Rantau Eco Park merupakan produk pelancongan terbaru di Negeri Sembilan dimana disini pengunjung boleh mencari kedamaian dan ketenangan sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan disini juga pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan sahabat handai. Rantau Eco park ini terletak di Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan iaitu tidak jauh dari pusat bandar Seremban iaitu kira-kira setengah jam perjalanan. 

Kawasan yang mempunyai keluasan 100 ekar ini boleh memberikan keseronokan dan kelainan dengan kepelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk pengunjung yang hadir kesini untuk merasai sendiri pengalaman menikmati alam semulajadi dan mencari ketenangan lari dari kesibukan di kota.Rantau Eco Park ini masih lagi baru dan ketika ini ia masih lagi didalam proses pembinaan dan menaik taraf. 

Ketika ini Fasa Pertama yang mempunyai keluasan 30 ekar baru sahaja selesai dibangunkan dan telah pun dibuka kepada orang ramai. Manakala Fasa Kedua pula masih lagi didalam proses pembinaan dan dijangka akan dibuka pada tahun 2016. Dengar cerita Fasa Kedua ini akan dijadikan sebagai taman permainan air. Kawasan yang mempunyai keluasan 100 ekar ini akan dibuka kepada Tiga Fasa dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2018.

Kemudahan Di Rantau Eco Park 

Rantau Eco Park ternyata akan memberikan satu kelainan berbanding produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Sembilan. Selain daripada kaya dengan alam semulajadi yang menghijau, Rantau Eco Park menawarkan pelbagai kemudahan untuk pengunjung dan pelancong yang datang kesini. Satu keunikan kemudahan yang disediakan untuk masyarkat tempat dan pelancong luar untuk menikmati satu kelainan di kawasan kampung. Antara kemudahan yang disediakan adalah Dewan orang ramai yang boleh memuatkan kira-kira 2,000 orang didalam satu masa. Dewan ini biasanya digunakan untuk sesuatu acara atau majlis seperti Hari Ibu, majlis perkahwinan, aktiviti korporat dan
sebagainya.

                                  . 




Ia memudahkan masyarakat tempat untuk mengadakan sebarang aktiviti yang melibatkan ramai orang. Dengan kemudahan yang ada disini seperti tandas, katering dan sebagainya memudahkan pihak penganjur untuk mengadakan sebarang aktiviti dengan lebih lancar. 

                                      


Bagi yang ingin mencari lokasi aktiviti mencabar anda boleh ke Rantau Eco Park kerana disini juga menyediakan kemudahan untuk aktiviti lasak dan Team Building dimana peserta boleh melakukan aktiviti jungle tracking, berbasikal, menunggang kuda, berkayak, menaiki bot dan menaiki ATV. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Jadi jangan risau untuk mencuba segala kemudahan yang ada disini. Aktiviti berbasikal dan menaiki bot amat popular di kalangan masyarkat tempatan dimana ia sering dilakukan pada waktu pagi dan petang sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang menghijau. 

Bagi yang ingin menginap disini, jangan risau. Rantau Eco Park menyediakan kemudahan penginapan sama ada untuk bilik dan juga domitary yang selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. Harga untuk bilik adalah RM160 satu malam manakala harga domitary RM50 untuk seorang. Pengunjung juga boleh melakukan pelbagai akitiviti bersama keluarga dan sahabat handai disini diantaranya ialah berBBQ, menaiki basikal, menaiki ATV, menaiki bot, berkayak dan bersantai merehatkan minda.



Salah satu tarikan yang ada di Rantau Eco Park ini adalah Mini Zoo yang menempatkan pelbagai haiwan. Antara yang ada disini adalah kura-kura, labi-labi, itik, angsa, kuda dan rusa. Mini Zoo ini sesuai untuk dilawati bagi mereka yang ingin mengenali haiwan ini dengan lebih dekat dan ianya sesuai untuk pembelajaran anak-anak. 

Bagi bakal pengantin yang inginkan sesuatu yang berlainan dan mengimpikan untuk melangsungkan perkahwinan didalam taman “Garden Wedding”, Rantau Eco Park adalah lokasi yang sesuai kerana disini terdapat kawasan lapang yang dikelilingi alam semulajdi yang menghijau dan boleh dijadikan kawasan untuk merialisasikan impian anda.

                                  


Bagi yang berminat untuk kesini anda boleh datang terus ke sini (masuk percuma) dengan berdasarkan alamat dibawah dan sekiranya anda perlukan makluman lanjut anda boleh emailkan kepada mereka atau hubungi nombor yang tertera dibawah.

Rantau Eco Park
Kg. Pasir, Kuala Sawah
71200 Rantau Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel:+603-9287 6833
Fax:+603-9287 0233
E-mail:info@rantauecopark.com.my
Facebook : Rantau Eco Park

No comments:

Post a Comment